UPCOMING EVENTS


ANUGERAH IBU TUNGGAL KEBANGSAAN


Tarikh :2hb Ogos 2016 (Selasa)
Tempat :Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur



Buat julung kalinya, Anugerah Ibu Tunggal Kebangsaan (AITK) akan diadakan bagi mengiktiraf kejayaan ibu-ibu tunggal yang menceburi pelbagai sektor perniagaan di seluruh negara. Penganjuran AITK akan dikelolakan oleh Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia iaitu antara badan bukan kerajaan yang amat prihatin untuk  membantu mengumpul dana bagi disalurkan kepada Persatuan-persatuan Ibu Tunggal yang aktif menjalankan perniagaan untuk ahli-ahlinya.


TUJUAN DAN MATLAMAT


  • Mengiktiraf usaha dan kejayaan Ibu Tunggal yang menceburi pelbagai bidang perniagaan.
  • Mengumpul dana untuk diagih-agihkan kepada persatuan-persatuan yang aktif membela
  • nasib ahli-ahlinya.
  • Meningkatkan daya saing dan motivasi kepada usahawan Ibu Tunggal untuk meningkat produktiviti perniagaan.
  • Menjadi satu platform kepada Persatuan-persatuan Ibu Tunggal dalam melahirkan usahawan berkualiti di kalangan Ibu-Ibu Tunggal seluruh negara.
  • Sebagai bahan rujukan untuk generasi Ibu-ibu Tunggal pada masa akan datang.


KEHADIRAN
  • Lebih 1000 usahawan ibu tunggal dari semua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.
  • Setiap Kawasan Parlimen akan menghantar 5 wakil peniaga-peniaga di kalangan Ibu-ibu tunggal yang berjaya di kawasan masing-masing.