LATAR BELAKANG MPITM


LATAR BELAKANG MPITM

Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM) adalah merupakan sebuah NGO wanita yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 596.

MPITM telah didaftarkan pada tarikh 2hb Mei 2002 di atas arahan YB Senator Datuk Sri Shahrizat bt. Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga ketika itu melalui surat rasmi Kementerian rujukan HAWA-03/4/9-2 KLT6 bertarikh 19hb Disember 2001.

Penubuhan MPITM adalah merupakan sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan untuk merealisasikan satu kaedah pemangkin golongan ibu-ibu tunggal yang terdapat di seluruh Negara serta juga untuk memastikan mereka ini dapat diberikan bantuan serta perhatian yang sewajarnya, selaras dengan misi pembangunan hal-ehwal wanita Negara. MPITM telah diberikan tanggungjawab dan peranan untuk menjadi satu badan induk serta penghubung utama diantara kumpulan sasar ini dengan pihak Kerajaan.

MPITM kini mempunyai sejumlah sembilan (9) persatuan dan pertubuhan ibu-ibu tunggal dari seluruh pelusuk Negara yang bernaung di bawahnya.